Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Tuesday, April 10, 2012

Bedak Sejuk Mak Dara

Bedak Sejuk Mak Dara - RM22

Menghilangkan ruam pada muka, membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan hitam pada leher agar kulit kelihatan segar dan bersih.

Ambil 3 - 5 butir Bedak Sejuk yang dicampurkan dengan air.  Pupurkan pada muka, dagu, leher dan bahagian lain yang ada kesan hitam.

Biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih.  Seeloknya biarkan selama yang mungkin agar kebaikan Bedak Sejuk di serap oleh kulit.

Lulur Kulit Rambai Mak Dara

Lulur Kulit Rambai Mak Dara - RM22

Amalkan Lulur Kulit Rambai agar kulit segar, anjal dan cerah,

Kandungan anti-oksida bertindak melembutkan kulit, menghilangkan daki-daki, parut dan tompok hitam pada kulit.

Kulit rambai memberi nutrisi kepada kulit agar kulit lembab dan bersih berseri.

Hanya campurkan Lulur Kulit Rambai bersama Bedak Sejuk dengan sedikit air. Gosokkan ke seluruh kulit dan rasai aroma sehingga kulit menjadi halus.  Biarkan seketika agar aroma menyerap ke dalam kulit.  Kemudian bilas dengan air bersih.

Sunday, April 8, 2012

Jamu Vigor for Men - kekal muda dan kesihatan yang sejahtera

Jamu Vigor for Men
Jamu Vigor for Men telah dihasilkan dari herba terbaik hutan hujan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran yang sempurna, malah untuk mereka yang mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Vigor untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera

Antara kebaikan Jamu Vigor for Men

Lemah Syahwat
  • membantu meningkatkan libido lelaki dan meningkatkan hormon testosterone lelaki yang meningkatkan tahap seksual lelaki
Stamina
  • membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari
Ketagihan rokok
  • membantu kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif menyingkir kesan nikotin, membantu perokok yang ingin berhenti merokok dan  mempercepatkan proses pemulihan
Bentuk tubuh
  • membuang toksid dalam badan dan sekaligus menyingkir lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh badan. Secara tidak langsung ia dapat mengawal dan menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh

Wednesday, April 4, 2012

Jamu Mak Dara Gold untuk Ibu selepas bersalin



Tips selepas melahirkan
Mengambil Jamu adalah perkara asas dalam proses berpantang, ianya bertujuan untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan peranakan dan urat-urat saraf yang bengkak akibat dari kehamilan dan kelahiran. Dikatakan dengan mengambil Jamu secara teratur dan berterusan dan mengembalikan bentuk badan ke bentuk yang asal.

Antara kebaikan bagi ibu selepas bersalin mengambil Jamu Mak Dara adalah :-
  1. Memanaskan badan
  2. Mengembalikan dan memulihkan tenaga
  3. Merawat rahim
  4. Membuang angin
  5. Membuang lemak dan toksid dari badan
  6. Melawaskan ketika ke bilik air
  7. Melancarkan perjalanan darah
  8. Merapatkan faraj
  9. Menghilangkan sakit di pinggang
  10. Memperbaiki sistem kitaran haid
Ibu selepas bersalin di galakkan berpantang dari mengambil
  1. Minuman berais dan jangan minum air secara berlebihan
  2. Buah-buahan dan sayur-sayur sejuk
  3. Jangan ambil makanan yang berminyak