Tips berpantang selepas kelahiran bayi
Dikatakan, berpantang secara betul dan tekun akan dapat kembali ke potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas, kelihatan jelita yang mampu mengekalkan minat suami.
Sebelum berbengkung wanita di haruskan bertungku terlebih dahulu. Bertungku dengan cara yang betul adalah sangat penting bagi menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang akibat dari kehamilan dan kelahiran. Malah ia dapat memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.
Tungku Herba Kukus Mak Dara diperbuat dari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Khasiat
Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada tubuh. Tungku Herba Kukus ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak, mengecutkan rahim dan organ-organ lain akibat dari kelahiran dan memperkemaskan serta mengembalikan badan ke bentuk badan yang asal.
Jamu Mak Dara terbukti mengekalkan tubuh badan yang sentiasa sihat dan cergas. Pengamal Jamu Mak Dara juga mampu mengekalkan tubuh badan yang langsing dan awet muda biarpun usia semakin meningkat. Wajah akan kelihatan ceria, berseri dan yang pasti menawan hati suami. Malah ia juga membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman wanita.

No comments:
Post a Comment