Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Tuesday, March 27, 2012

Tungku Herba Kukus Mak Dara

Tips berpantang selepas kelahiran bayi

Dikatakan, berpantang secara betul dan tekun akan dapat kembali ke potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas, kelihatan jelita yang mampu mengekalkan minat suami.

Sebelum berbengkung wanita di haruskan bertungku terlebih dahulu. Bertungku dengan cara yang betul  adalah sangat penting bagi menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang akibat dari kehamilan dan kelahiran. Malah ia dapat memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Tungku Herba Kukus Mak Dara diperbuat dari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Khasiat
Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada tubuh. Tungku Herba Kukus ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak, mengecutkan rahim dan organ-organ lain akibat dari kelahiran dan memperkemaskan serta mengembalikan badan ke bentuk badan yang asal.

Saturday, March 24, 2012

Bengkung Mak Dara



Tips berpantang selepas kelahiran bayi

Kehamilan dan kelahiran telah menggangu bentuk badan wanita, kesemua otot-otot, tulang dan urat sendi menjadi kembang dan bengkak. Bertungku dan berbengkung telah pun berkurun lamanya diamalkan oleh ibu-ibu melayu ketika dalam proses berpantang bagi tujuan untuk memulihkan otot-otot, tulang dan urat sendi yang telah kembang dan bengkak.

Penggunaan bengkung dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal.  Bengkung yang berkualiti dapat mengempiskan perut, mengecutkan rahim yang membengkak akibat daripada kehamilan dan kelahiran. Malah penggunaan bengkung yang berkualiti dapat merapatkan vagina yang telah regang dan longgar.

Bengkung Mak Dara adalah diperbuat dari kain belacu yang sangat sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya tahan lasak. Bengkung Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui pemakaian secara konsisten.

Kebaikan Bengkung Mak Dara :-
  • Merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung
  • Mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada
  • Melindungi organ dalaman dan membolehkan cepat kecut
  • Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
  • Menggalakkan postur yang baik justeru membantu penyusuan bayi
  • Memecah lemak dan selulit
  • Mencegah makan berlebihan 
                                                             

Thursday, March 22, 2012

Jamu Susut Mak Dara

Jamu Susut Mak Dara produk baru yang membantu menurunkan berat badan, mengawal kelaparan disamping memberi tenaga, merawat penyakit gastrik, membantu membuang toksid dari badan, mengurangkan masalah obesiti, menyingkirkan lemak dan menurunkan tahap kolestrol agar tubuh badan sihat. Malah membantu menyihatkan peranakan.

Friday, March 9, 2012

Lulur Kulit Rambai Mak Dara

Lulur Kulit Rambai Mak Dara mengandungi anti-oksida yang melembutkan kulit, menghilangkan daki-daki, parut dan kesan-kesan hitam pada badan. Nutrisi yang terdapat pada Lulur Kulit Rambai menjadikan kulit sihat, kulit kelihatan lembab dan berseri.