Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Friday, April 22, 2011

Kebaikan Jamu Ibu Halimah meliputi luaran dan dalaman tubuh

Kecantikan wanita bukan sahaja meliputi luaran tubuh badan malah ia turut membabit dalaman tubuh wanita, apa lagi sudah bergelar isteri, ibu dan ibu kepada beberapa orang anak.

Sebaik sahaja bersalin, bermulalah proses penjagaan dalam pantang yang memerlukan rawatan tradisional dan kesungguhan seorang ibu agar tubuh kembali segar dan kembali kepada bentuk asal.

Pengambilan Jamu Ibu Halimah dirumus khas bagi membantu memastikan darah berjalan lancar, kembali segar dan bertenaga.

Jamu ini diperbuat daripada herba-herba terpilih dari hutan Malaysia yang berkhasiat untuk proses penyembuhan dan kesegaran tubuh. Antara lain khasiat dari tumbuh-tumbuhan hutan membantu mengurangkan masalah keputihan dan masalah faraj berbau. Malah mampu membantu masalah sengugut.

Jamu Mak Dara untuk wanita sangat baik untuk ibu-ibu selepas bersalin bagi mengelakkan badan ditangkap sejuk semasa dalam proses berpantang.

Pengambilan Jamu Ibu Halimah yang berterusan dan konsisten membantu mengetatkan faraj dan membantu para wanita mengecapi kebahagian hidup suami isteri.

Jamu Ibu Halimah di datangi dalam dua bentuk iaitu serbuk dan kapsul.



Jamu Almira pula adalah untuk anak gadis yang mengalami masalah kedatangan haid yang tidak teratur, membuang lemak dan meringankan badan.

Jamu Vigor pula adalah untuk lelaki yang membantu membuang toksid, membuang lemak, membuang angin dan melawaskan.



Selain pengambilan Jamu, elok jugalah kita menjaga pengambilan makanan yang sihat dan melakukan senaman secara betul dan teratur.  Penjagaan kesihatan tubuh badan membantu melewatkan proses penuaan.  Oleh itu mulakan pengamalan Jamu Ibu Halimah dan pengamalan makanan sihat dan senaman secara betul agar sama-sama mendapat manfaat darinya.  

Thursday, April 7, 2011

Artikel dan keratan berita JMD


Tips berpantang cara Ibu Halimah, pengasas produk Jamu Mak Dara yang diwarisi sejak turun temurun,

Mandi dengan air rebusan pelbagai jenis daun seperti daun senduduk, serai wangi, daun pisang kela, daun jambu batu, tanduk rus.  Air rebusan dicampur dengan air suam dan jadi air mandian setiap pagi dan petang sehingga habis tempoh berpantang.
Selepas 3 hari seluruh tubuh diurut untuk merangsangkan urat saraf yang tegang semasa proses bersalin dan tukang urut akan melakukan sengkak (menaikkan peranakan)
Selepas 7 hari, mula berbengkung panjang (sekurang-kurangnya 10 meter kain) dibelit ketat dari bawah paha hingga bahagian atas pinggang. Tujuan untuk membentuk semula pastur tubuh kepada bentuk asal.
Sebelum berbengkung, perut akan dibarut dan tubuh akan di sapukan dengan bedak panas.  Tujuan barut untuk memecahkan lemak dan bedak panas menghalang tubuh dari dimasuki angin.
Pilis dan param bertujuan tampalan ini untuk menjauhi angin dan mengelakkan pening kepala.  Bertangkas dan bersalai untuk mengecutkan organ peranakan rahim serta memecahkan lemak.  Minum jamu, makjun dan air akar kayu adalah wajib sepanjang tempoh berpantang.  Tujuannya untuk memulihkan semula semua luka dalaman.
Makan hanya 3 kepal nasi panas-panas sahaja. Tidak boleh tambah atau makan bersulam air.  Tujuannya mengelak air mengembangkkan rahim dan organ peranakan.

Monday, April 4, 2011

Kopi Mak Dara dan akar serapat

Cuba minuman campuran Kopi Mak Dara khas buat wanita mengandungi akar serapat.  Boleh dinikmati bila-bila masa sahaja. Hanya RM19 dapatkan ianya hari ini.  Hubungi saya untuk dapatkan stok Kopi Mak Dara.