Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Sunday, September 19, 2010

Kopi Al Habsyee

Ketahuilah Kopi Al Habsyee - Kopi Pracampur 6 dalam 1, produk keluaran Jamu Mak Dara kini berwajah baru.


Pek baru dengan harga yang lebih murah, RM25.00 tetapi khasiat yang sama. Nikmati Kopi Al Habsyee pada bila-bila masa yang memberi kebaikan agar tubuh badan sihat dan bertenaga. Kandungan herba Tongkat Ali memberi tenaga dan mengekalkan tenaga agar sentiasa ceria sepanjang hari.

Kopi Pra campur 6 dalam 1 Al Habsyee mengandungi herba misai kucing yang berfungsi menurunkan kadar tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang dan kencing tak lawas.
Ia juga mengurangkan masalah keputihan dan sengugut, bagi wanita. Mengurangkan masalah tulang sendi atau arthritis, lenguh dan sengal dan sengal badan, sakit bahagian belakang dan pinggang, juga gaut.
Malah membantu menguraikan asid urik, membersihkan air dan darah dalam tubuh dari toksik.

Kandungan ubi jaga dapat melegakan demam panas dan sakit kelamin. Malah bersifat tonik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh


Wednesday, September 8, 2010

Sihat, cergas dan cantik bersama Produk keluaran Jamu Mak Dara



Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan dan keluarga. Juga tak lupa kepada para pelanggan kami dan para pembaca blog kami Jamu-Mak-Dara.  Kepada para pembaca yang baru membaca dan mengenali blok kami, kami mengucapkan Salam Perkenalan.  Agar perkenalan kita ini, akan kita sama-sama memperoleh kebaikan untuk kedua-dua pihak. Kepada para pembaca setia blog kami dan para pelanggan kami, kami berharap perkenalan kami akan berkekalan.

Semoga semua amalan-amalan kita di bulan puasa ini di terima oleh Allah.  Kami juga berdoa dan berharap anda semua akan kekal sihat dan cantik, walaupun setelah kita telah mula menyambut Hari Raya.  Sudah tentu, kita semua tidak dapat menolak keinginan atau berdiet dengan berbagai juadah yang terhidang di meja makan.  Malah kita semua tidak dapat menolak jemputan dan pelawaan rumah-rumah terbuka dari kaum keluarga dan sahabat handai.  Apalagi, sudah tentu ketupat, lemang, rendang, mee rebus, laksa dan macam-macam lagilah.... tak dapat nak tolak.  Lagi-lagi pulak kalau ada jemputan jamuan rumah terbuka di Hotel-hotel atau Restoran-restoran.  Ha... Parah ni, berat badan naik....

So, Jangan lupa .. ambil Jamu Mak Dara, yang mampu menolong membuang toksid, angin dan serba sedikit menolong mengekalkan berat dan bentuk badan.  Sambil itu, Jamu Mak Dara mampu membantu menjaga kesihatan rahim dan kesihatan dalaman wanita. Insyallah, kita semua akan kelihatan segar, sihat cergas dan ceria selalu beraya bersama keluarga

Cuba juga Teh Al Habsyee, produk keluaran Jamu Mak Dara.  Teh Al Habsyee mampu menolong membakar lemak berlebihan dan membantu pencernaan.  Insyallah berkesan untuk menjaga bentuk badan dan menjaga kesihatan dengan pengambilan Teh Al Habsyee dapat membantu membuang toksid dan membersihkan buah pinggang.  Kini dengan pek baru, 30 uncang hanya berharga RM19.00. Sudah tentu, semua orang mampu memilikinya. Teh ini sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun wanita.

Bagi mereka yang tidak suka akan rasa Teh, cubalah Kopi Al Habsyee, juga mampu membantu membakar lemak, membuang toksid, malah memberi tenaga.  Rasanya juga lazat.  Boleh diminum bila-bila masa.  Insyallah berkesan sambil menikmati kelazatan dan aroma kopi, tubuh badan juga kekal sihat.  Sama juga dengan Teh Al Habsyee, kini Kopi Al Habsyee didatangi dengan pek baru, 30 uncang hanya dengan harga RM25.00. Cubalah... sudah tentu anda akan berpuas hati.  Insyallah. Kopi Al Habsyee ini juga sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun wanita.

Bagi wanita,  anda juga boleh dapatkan Kopi Mak Dara dimana kopi ini khas buat wanita sahaja.  Sambil menikmati kelazatan kopi semasa berehat di samping keluarga setelah penat melayan tetamu, anda juga akan berasa sihat.  Kopi Mak Dara mengandungi akar serapat yang membantu menjalinkan hubungan yang rapat dan kekal bersama suami.  Insyallah.

Nah.. sudah tentu penat berjalan raya, apa kata malam sebelum tidur, mandi menggunakan Rempah Mandi Jamu Mak Dara.  Insyallah badan terasa segar, hilang rasa penat seharian dan dapat tidur dengan nyenyak.
Herba-herba asli di dalam Rempah Mandi Jamu Mak Dara,  menyerap kedalam kulit, memanaskan badan dan menyegarkan badan. Menghilangkan bau badan dan menghaluskan kulit. Jangan lupa, pupurkan Bedak Sejuk Jamu Mak Dara, agar kulit wajah, leher dan dada kekal halus dan cantik.  Kekalkan keremajaan kulit wajah dengan produk Jamu Mak Dara. Insyallah.

 Hubungi saya melalui e-mail azuriaty@gmail.com atau call saya 013-3-2259960 untuk mendapatkan produk Jamu Mak Dara. Akhir kata dari saya dan keluarga " Kesihatan dalaman anda adalah Kecantikan mu "