RM350.00Sejak berzaman, orang melayu telah mengamalkan berpantang selepas bersalin. Berpantang adalah amalan yang amat penting dan amat di titik beratkan agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin setelah bersalin.
"Set Bersalin Ibu Halimah" adalah merupakan produk yang mudah di gunakan oleh ibu-ibu bersalin. "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah ramuan turun temurun yang kini di kongsi bersama umum untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu bersalin.
Produk 8 dalam 1, produk dari Jamu Mak Dara telah memudahkan kerja ibu-ibu bersalin kerana di dalam satu terdapat berbagai kelengkapan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu bersalin.
Ramuan herba "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah dari hutan hujan tropika yang tiada mengandungi bahan tiruan.
Di dalam "Set Bersalin Ibu Halimah" merangkumi :-
- Jamu Mak Dara Serbuk
- 2 botol Jamu Mak Dara kapsul
- Losyen Param Ibu Halimah
- Pilis
- Bedak Sejuk
- Rempah Mandi
- Tungku Kukus Berherba
- Bengkung
Penggunaan kelengkapan "Set Bersalin Ibu Halimah" dengan secara teratur dan berterusan selama 44 hari akan memulihkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan.
Pengambilan "Jamu Mak Dara" akan membantu membuang toksid dalam badan, menyuburkan dan menyihatkan rahim. "Jamu Mak Dara" membantu mengatasi masalah keputihan dan melancarkan darah. "Jamu Mak Dara" membantu merapatkan faraj, memulihkan kitaran haid dan mengembalikan tenaga. Selain itu ianya dapat membantu membuang angin membakar lemak dan memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing.
Mandi menggunakan "Rempah Mandi" akan menghangatkan tubuh dan mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan bau badan. Tubuh badan akan menjadi segar dan sihat selepas mandi menggunakan "Rempah Mandi"
Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata.
"Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.
Berurut kemudian diikuti dengan bertungku menggunakan "Tungku Herba Kukus" akan melegakan sengal-sengal. "Tungku Herba Kukus" juga membantu memecahkan lemak-lemak agar ibu-ibu bersalin akan kembali langsing seperti sebelum mengandung.
Penggunaan "Bengkung Ibu Halimah" akan membantu ibu selepas bersalin mendapat semula bentuk pinggul. Selain itu "Bengkung Ibu Halimah" akan dapat mengecilkan semula perut dan mengembalikan bentuk badan asal.
Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.
Salam kak,
ReplyDeleteSatu set jamu mak dara (bersalin) tahan untu berapa lama? seeloknya amik berapa set?
tq..ida
Hai..macamana nak order?... ;-)
ReplyDeleteTkasih Hany, boleh hubungi saya 013-2259960 atau e-mail azuriaty@gmail.com
ReplyDeleteHarga 1 set bersalin RM330 bank in ke MBB ac : 114123671749 atau CIMB ac : 14010000170103
Maklumkan pembayaran & alamat penuh. Barang akan dihantar hari berikutnya
Tkasih Cikda, Set bersalin ni cukup untuk tempoh 44 hari berpantang. tetapi sekiranya item digunakan banyak dan telah habis, item boleh dibeli secara berasingan.
ReplyDeleteHarga 1 set bersalin cuma RM330. Hubungi saya 013-2259960 atau e-mail azuriaty@gmail.com
salam kak....set bersalin mak dara nie dy xskali ngan tapel ke yg ltk kt perut sblm berbekung???klu sy guna set bersalin jamu mak dara, bole ke campur ngan [roduk lain cam saya nk beli ubat periuk utk diminum???akak tlg sms kt no saya yer 0179516332...harga xleh diskaun ker???
ReplyDeleteSalam.. Kalo set nie nak beli tanpa bengkung, brp harga nya? TQ
ReplyDeleteWalaikumsalam..dapat harga yang rendah dari saya. Hanya RM330 untuk set bersalin yang lengkap. Manakala harga set bersalin tanpa bengkung hanya RM280. sahaja.
ReplyDeletesalam.... set mak dara ni sesuai untuk yang bersalin ceaser x...
ReplyDeleteWalaikumsalam,set bersalin mak dara ni juga sesuai untuk ibu yang bersalin ceaser. Semua item boleh digunakan kecuali Jamu. Jamu hanya perlu diambil selepas sebulan.
ReplyDeletekak, tungku tu kukus ke di bakar? camner cara guna nyer
ReplyDeleteCaranya mudah saje. Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba ni selama 20 minit. Kemudian boleh tuam di bahagian yang bermasalah. Boleh di panaskan semula jika batu telah sejuk.
ReplyDeleteklu nk tmbh dgn kopi mak dara bapa yer?
ReplyDeleteSet Bersalin lengkap berharga RM330 manakala Kopi Mak Dara hanya RM18 sekotak.
ReplyDeleteSet bersalin + kopi mak dara = RM348.
Boleh call atau mesej saya yer..
Salam..akak kedai kat puchong utama ker...
ReplyDeleteWalaikumsalam..kak ni stokis Mak Dara kawasan Puchong Utama tp based kat rumah je..blum ade rezki nk buka kedai. ape2 pun boleh contact kak 013-2259960
ReplyDeletesalam.. nak tanya sikit ni.. kalau saya nak beli set bersalin mak dara ni.. tp saya xnak bengkung, tungku kukus herba dan pilis tp saya nak digantikan dengan lulur kopi serta kopi Al-Habsyee. Boleh x? brp RM semuanya? satu lagi kopi tu time berpantang boleh ke di minum (kut2 boleh jadi sembelit je) mana lebih elok minum time berpantang kopi @ teh? dn lagi (sori byk plk tanye) serbuk dan kapsul tu diminum serentak ke atau habiskan serbuk dulu baru disambung dgn kapsul.. tk :) Fatimah - Trg
ReplyDeleteWalaikumsalam..tkasih kerana bertanya. Maksudnya adik nak beli item secara berasingan. So, adik nak Jamu Mak Dara Gold,Rempah Mandi, Bedak Sejuk, Lulur Kopi, Losyen Param dan tambah Kopi Pracampur. Adik boleh buat pilihan untuk ambil Jamu Mak Dara Gold (serbuk)atau Jamu Mak Dara Gold (kapsul). Kak sarankan ambil kapsul sekiranya adik tak biasa dengan serbuk, takut tak dapat minum pulak. Satu lagi, kalau adik nak tambah kopi, kak sarankan adik ambil Kopi Mak Dara untuk menyihatkan badan dan memberi tenaga lagipun Kopi ni mengandungi akar serapat. Boleh hubungi kak untuk mengetahui lebih lanjut. email kak nanti yer kat azuriaty@gmail.com
ReplyDeletesalam...kak set bersalin JMD n Kopi tu sesuai ker diambil oleh sya klu sya bersalin operation ?? slalu boleh ambil kapsul jamu dan guna bengkung dlm tempoh brapa lama slepas bersalin?? lg satu tak ada masalah ker klu sya nyusukan bby?? tkt panas org ckp...bby kena cirit birit pulak.
ReplyDeletewalaikumsalam..terima kasih kerana berminat. 1) Semua item set bersalin boleh digunakan oleh ibu bersalin secara operation termasuk bengkung hanya Jamu diambil selepas sebulan
ReplyDelete2)Tak ada masalah bagi ibu yang menyusukan mengambil jamu hanya perlu jarakkan 1 jam antara waktu menyusukan.
mknanya...bekung tu boleh guna selepas luka sembuh ataw sebaliknya la yer.Losyen param tu sapu gak ker sblm guna bekung ataw leh guna losyen pati mustajab gak??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteset bersalin tu jamu dia mmg semua capsul ker skarang? klu tukarmcm yg lama punya mcmna harga. dat mean dpt yg capsul n serbuk/
ReplyDeletesye ina...nk tnye,jamu mak dara kapsul dgn jamu mak dara gold,sme ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSet bersalin skrg ade 4 kapsul & set bersalin dulu ade 1 serbuk dan 2 kapsul. Klu nak set dulu kak boleh jual juga. Harga sama je RM330 juga.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ina, Jamu mak dara gold kapsul dan serbuk sama je cuma kapsul tu mudah diambil. Tkasih call kak yer klu berminat.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya yatie,saya ni berminat nak pakai JMD ni tapi saya bersalin dalam bln 6 tahun depan.... nanti harganye tetap sama ataupun camne? lagi 1 set ni bleh melangsingkan badan ker?
ReplyDeleteWalaikumsalam Yatie, terima kasih kerana berminat. Harga set bersalin ni memang kekal RM330 dr sy tp kekadang klu sy ade over stok & utk mengelakkan dr tarikh luput. kak akan buat special diskaun & biasanya kak akan advertise dlm blog. Yatie pun blh beli item berasingan dr sy. blh email sy utk keterangan lanjut. Set bersalin ni memang ade membantu melangsingkan tp kenalah bersungguh berpantang.
ReplyDeleteSalam,sy berminat dgn Set jamu mak dara ni..tp sy tak biasa mkn jamu mak dara yg serbuk, boleh ke pengambilan jamu mak dara kepada kapsul?.. pd pendapat yatie brp botol kapsul yg diperlukan ketika dalam berpantang?. Kalu boleh sy nak tau brp harga kalu sy ambil yg lose spt : jamu mak dara(kapsul),losyen param,pilis,bedak sejuk,rempah mandian & pencuci mahkota..Harap Yatie dpt m'bantu dlm hal ini. Terima kasih.
DeleteWlkumslm.. Maaf krn lewat balas termiss out pulak. Boleh ambil jamu mak dara gold kapsul bagi mereka yang tak boleh ambil serbuk. Memang sy ad jual lose item nt hubungi sy yer.. Terima kasih
Deleteas salam.tumpang bertanya.
ReplyDeletebengkung m.dara ni memang panjang ke cuma nak pastikan je(dari paras dada hingga atas lutut).
pilis ni sejenis krim utk disapu atau seperti pilis traditional yg kena bubuh air sedikit dan lekat kat dahi...
jamu sebuk dan kapsul ramuan yg sama je ke...
Walaikumsalam, ukuran bengkung mak dara Dari kanan ke kiri 51 inci dan Dari atas ke bawah 21 inci. memang boleh di ikat dari bawah dada hingga ke bawah punggung.
ReplyDeletePilis hanya perlu campurkan sedikit air dan sapu pada dahi.
Jamu serbuk dan kapsul ramuannya sama & sama khasiatnya. Tkasih
Assalamualaikum... sy nk tnye sekarang set bersalin ibu halimah mmng datang dgn lulur kopi n bukan palis ke? sbb aritu sy de beli p dlm die ade jamu mak dara gold 4 botol, rempah mandi, losyen ibu halimah, bedak sejuk, balm herba, bengkung, tungku dan lulur kopi...
ReplyDeleteT.Kasih...
Walaikumsalam.. Yer sekarang ni set bersalin Ibu Halimah kotak baru dah tak de pilis, dah tukar kepada lulur kopi. tapi kalau nak beli pilis sahaja pun boleh jugak. Boleh hubungi saya yer. Tkasih
ReplyDeleteWalaikumsalam..tkasih krn bertanya. Yer betul pilis dah di tukar kepada lulur kopi di dalam set bersalin Ibu Halimah yang baru. tp blh jgak beli pilis secara berasingan. Boleh hubungi saya.
ReplyDeleteassalamualaikum..saya nak tahu produk apa yang sesuai diambil ketika dlm pantang selain set bersalin jamu mak dara???sekiranya baby ada kuning boleh ke makan jamu mak dara???
ReplyDeleteWalaikumsalam Pn Zaleha ani. Sy tak pasti tentang produk set bersalin lain selain Set Bersalin Ibu Halimah produk keluaran Jamu Mak Dara sb sy stokis Jamu Mak Dara. Untuk soalan ke 2, jangan ambil jamu sehingga bayi pulih dari sakit kuning. Tkasih Pn Zaleha ani
ReplyDeleteassalamualaikum...maaf,sebenarnya saya nak tanya produk yang sesuai diambil ketika dalam pantang tu dr produk ibu halimah juga..sebab saya baca ada yang ambil kopi mak dara..lagi satu mcm cmn saya nak dapatkan senarai stokis disekitar kl dan selangor???
ReplyDeleteWalaikumsalam Pn Zaleha, Terima kasih krn berminat. Set Bersalin Halimah lengkap dengan semua item yang di perlukan oleh ibu di dalam tempoh berpantang. Di dalam set ini terdapat Bengkung, tungku herba kukus, rempah mandi, losyen param, lulur kopi, bedak sejuk, jamu kapsul 4 botol dan bauan serta mengandungi buku panduan penggunaan dan petua-petua. Saya sarankan Pn ambil set bersalin ini. Boleh ambil Kopi Mak Dara di samping penggunaan item-item .
ReplyDeletePn Zaleha boleh hubungi sy untuk mendapatkan produk-produk keluaran Jamu Mak Dara. Sy stokis kawasan Puchong Utama,Selangor
salam kak.. harga 1 set bersalin rm 330.00 kan?? so berapa akak akan charge jk sy duk kt area putrajaya??TQ..
ReplyDeleteSalam, nak tanya kalu sy ambil set bersalin jamu mak dara ni tp berasingan brp harga ye?... Brg spt : Jamu mak dara(Kapsul),losyen param,pilis,bedak sejuk,rempah mandi & pencuci mahkota..harap yatie dpt emailkan ke :girlpurple81@yahoo.com dan brp pulak kos penghantaran ye..
ReplyDeleteSalam, nak tanya klu saya nak set bersalin ni tanpa tungku dan bengkung, boleh ke? Klu boleh, berapa ek? I'm a young mom with first baby so tak berapa reti bab2 ni since my mum pun suruh tanya org je. Mintak tolong sangat ya klu ada nasihat. Kawan2 kata mak dara paling elok tapi 1 set for rm300+ mcm too expensive for me. Ingat nak cut cost by tolak bengkung n tungku if boleh. Tolong reply by email ASAP ke - ameliasafuraa@gmail.com
ReplyDeleteThank you.
Wlkumslm, blh jg ambil set bersalin secara berasingan mengikut keperluan puan. Tkasih..sy dah emailkan harga ke email add Puan.
ReplyDeletesy ingin bertanya..sy baru lepas keguguran. kandungan sy berusia 10 minggu. bila sy bleh start amik jamu mak dara?
ReplyDeleteTerima kasih kerana bertanya.klu keguguran, tunggu sehingga bersih, dah tak ada darah kotor, boleh mula ambil jamu mak dara gold untuk menyihatkan rahim dan menyegarkan tubuh badan akibat dari keguguran. Beli yang original dari saya yer..
ReplyDeleteAssalamualaikum pemilik blog.. Timakasih sbb byk dpt good info di sini. Masih menjual set bersalin mak dara? Saya nak beli. Boleh tolong emailkan details isi kandungan set bersalin ini dan kos penghantaran ke tangkak sekali? Thanks ya.
ReplyDeletemissdewiheidi@yahoo.com
kak nak tanya nak guna tungku tu apa maksudnya boleh juga dipanaskan
ReplyDeleteTkasih dik..mungkin adik nak tahu bagamana cara menggunakan tungku herba. Tungku herba ini dipanaskan dengan cara kaedah mengukus. Boleh dikukus menggunakan pengukus atau kukus di atas kuali. (letak sedikit air di dalam kuali.lapikkan tungku dengan pinggan atau piring. kemudian letak diatas air tadi. Panaskan air sehingga mendidih.)
ReplyDelete