Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Thursday, January 28, 2010

Kopi Mak Dara


RM19.00 sekotak
Pasti ramai yang gemar minum kopi.  Kopi Mak Dara adalah produk keluaran baru dari "Jamu Mak Dara" yang sangat sedap.  Kopi campuran  yang mengandungi akar serapat adalah khas untuk kaum wanita.  Kopi ini boleh di minum bila-bila masa , tidak kira masa.  Terdapat 20 paket di dalam 1 kotak.

Ramuan Kopi Mak Dara diformulasikan menggunakan ramuan herba semulajadi diadun bersama Kopi Arabica yang berfungsi untuk memelihara kesihatan dan kesegaran wanita secara khusus.

Sediakan sekotak di rumah mahu pun di pejabat agar boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.  Kopi ini mudah di sediakan hanya tambahkan air panas.  Pasti sedap lebih-lebih lagi jika dimakan bersama biskut kering.  Cubalah..

Wednesday, January 20, 2010

Rempah Mandi Jamu Mak Dara


Produk "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah produk dari Jamu Mak Dara yang sangat baik khusus untuk ibu-ibu berpantang. Set yang lengkap ini amat mudah bagi ibu-ibu berpantang.

Bagi para pengemar produk Jamu Mak Dara boleh juga mendapatkan produk bersalin secara berasingan. Antaranya produk yang sangat popular adalah " Rempah Mandi". Ianya bukan sahaja di khususkan untuk ibu berpantang sahaja. Malah sesiapa sahaja boleh menggunakannya, baik wanita mahupun lelaki. Hanya RM18.00 sepeket.

Produk "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara terbukti berkesan untuk mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara adalah ramuan herba-herba yang terpilih yang berkhasiat yang telah digunakan turun temurun oleh keluarga Ibu Halimah.

"Rempah Mandi" produk dari Jamu Mak Dara berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang boleh menghaluskan kulit si pemakai. "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara membantu membuang angin dan mengelakkan angin dari masuk ke liang-liang roma.

Si pemakai produk "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara akan berasa segar dan bertenaga. Ianya juga boleh membantu menghilang masalah bau badan.



Cara menggunakannya

Amalkan mandi menggunakan "Rempah Mandi" produk dari Jamu Mak Dara, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Rebuskan sebahagian "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah seperti biasa sambil menggosok-gosok badan. Insyaallah ia akan berkesan.

Bedak Sejuk Jamu Mak Dara


Para penggemar produk Jamu Mak Dara boleh mendapatkan "Bedak Sejuk" secara berasingan yang mana terdapat di dalam kelengkapan 8 dalam 1 dari produk "Set Bersalin Ibu Halimah".

Produk "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Tidak kira wanita mahupun lelaki, tua ataupun muda remaja. Asalkan ada kemahuan, dengan berkat usaha penjagaan kulit menggunakan "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara, hasrat untuk mempunyai kulit halus dan cantik akan menjadi kenyataan.

Ternyata "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara sangat berkesan menghilangkan kesan-kesan hitam dan ruam-ruam halus di wajah dan di leher si pemakai akibat dari kesan panas di luar rumah.

Wajah akan kelihatan lebih bersih. "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara juga dapat menghilangkan jerawat-jerawat kecil.

Caranya mudah sahaja. Ambil 3 atau 4 biji "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara campurkan sedikit air dan pupurkan ke muka dan leher. Biarkan seketika agar ia meresap ke wajah.

Amalkan penggunaan "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara selalu agar wajah akan kelihatan bersih dan halus.

Tuesday, January 19, 2010

Jamu Vigor

Satu lagi produk dari "Jamu Mak Dara" khusus untuk lelaki. "Jamu Vigor for Men" dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia. "Jamu Vigor" adalah dihasilkan khas untuk mengekalkan kesihatan luar dan dalam yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari.

Amalkan pengambilan "Jamu Vigor for Men" untuk penampilan kekal muda dan kesihatan yang sempurna.

Khasiat "Jamu Vigor for Men"

Lemah syahwat

"Jamu Vigor for Men" membantu meningkatkan penghasilan hormon Testeron lelaki yang juga menggalakkan tahap libido seksual kaum lelaki.

Stamina

"Jamu Vigor for Men" membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kesejahteraan sepanjang hari.


Ketagihan rokok

"Jamu Vigor for Men" juga membantu kaum lelaki untuk mengurangkan ketagihan merokok. Bahan-bahan herba yang aktif membantu menyingkirkan kesan nikotin yang juga membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Bahan herba tersebut juga mempercepatkan proses pemulihan ketagihan merokok.


Bentuk tubuh

"Jamu Vigor for Men" membantu membuang toksid dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan. Ia juga membantu menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh.

Saturday, January 16, 2010

Produk Set Bersalin

RM350.00

Sejak berzaman, orang melayu telah mengamalkan berpantang selepas bersalin. Berpantang adalah amalan yang amat penting dan amat di titik beratkan agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin setelah bersalin.

"Set Bersalin Ibu Halimah" adalah merupakan produk yang mudah di gunakan oleh ibu-ibu bersalin. "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah ramuan turun temurun yang kini di kongsi bersama umum untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu bersalin.

Produk 8 dalam 1, produk dari Jamu Mak Dara telah memudahkan kerja ibu-ibu bersalin kerana di dalam satu terdapat berbagai kelengkapan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu bersalin.

Ramuan herba "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah dari hutan hujan tropika yang tiada mengandungi bahan tiruan.

Di dalam "Set Bersalin Ibu Halimah" merangkumi :-

  • Jamu Mak Dara Serbuk
  • 2 botol Jamu Mak Dara kapsul
  • Losyen Param Ibu Halimah
  • Pilis
  • Bedak Sejuk
  • Rempah Mandi
  • Tungku Kukus Berherba
  • Bengkung

Penggunaan kelengkapan "Set Bersalin Ibu Halimah" dengan secara teratur dan berterusan selama 44 hari akan memulihkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan.

Pengambilan "Jamu Mak Dara" akan membantu membuang toksid dalam badan, menyuburkan dan menyihatkan rahim. "Jamu Mak Dara" membantu mengatasi masalah keputihan dan melancarkan darah. "Jamu Mak Dara" membantu merapatkan faraj, memulihkan kitaran haid dan mengembalikan tenaga. Selain itu ianya dapat membantu membuang angin membakar lemak dan memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing.

Mandi menggunakan "Rempah Mandi" akan menghangatkan tubuh dan mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan bau badan. Tubuh badan akan menjadi segar dan sihat selepas mandi menggunakan "Rempah Mandi"

Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata.

"Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.

Berurut kemudian diikuti dengan bertungku menggunakan "Tungku Herba Kukus" akan melegakan sengal-sengal. "Tungku Herba Kukus" juga membantu memecahkan lemak-lemak agar ibu-ibu bersalin akan kembali langsing seperti sebelum mengandung.

Penggunaan "Bengkung Ibu Halimah" akan membantu ibu selepas bersalin mendapat semula bentuk pinggul. Selain itu "Bengkung Ibu Halimah" akan dapat mengecilkan semula perut dan mengembalikan bentuk badan asal.

Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.

Wednesday, January 13, 2010

Produk Jamu Al Mira


"Produk Jamu Al Mira" adalah satu produk jamu khusus untuk anak dara. Ramuan herba dari hutan-hutan terpilih yang banyak memberi kebaikan luar dan dalam tubuh. "Produk Jamu Al Mira" meningkatkan sistem daya tahan tubuh dari penyakit.


Pengambilan "Jamu Al Mira" secara teratur dapat mengatasi masalah keputihan yang sering dialami oleh anak gadis. "Jamu Al Mira" membantu meningkatkan tenaga setelah penat seharian sibuk di sekolah, sibuk dengan aktiviti sekolah mahupun dengan kerja-kerja di rumah. Malah "Jamu Al Mira" juga sesuai untuk gadis yang mana masih belum berumah tangga.

"Jamu Al Mira" dapat membuang toksid di dalam badan yang menjadi punca kepada tubuh badan letih dan tidak bermaya. Toksid di dalam badan juga boleh menyebabkan kulit wajah kusam dan berjerawat. Maka pengambilan "Jamu Al Mira" akan menjadikan wajah cantik dan berseri.


"Jamu Al Mira" dapat membuang angin dan membantu membakar lemak agar tubuh badan akan langsing. Tubuh badan yang langsing adalah impian setiap gadis. Maka pengambilan "Jamu Mak Dara" dapat membantu menyampaikan hasrat untuk mempunyai tubuh yang langsing dan cantik.


"Jamu Al Mira" juga membantu menghilangkan masalah bau badan. Selain itu juga ianya membantu mengatasi masalah kemaluan berbau. Membantu menghilangkan rasa sakit pinggang dan memperbaiki sistem kitaran haid. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah sengugut akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan berasa murung, malah menganggu kelancaran aktiviti harian.

Akhir sekali pengambilan "Jamu Al Mira" akan mengekalkan keremajaan atau awet muda. "Jamu Al Mira" membantu kelancaran perjalanan darah dan sistem kitaran haid akan melindungi kulit dan wajah dari cepat tua atau penuan.

Hidup akan lebih sihat, ceria dan terurus dengan pengambilan "Jamu Al Mira" . Tubuh badan akan berasa sihat dan berkeyakinan kerana tiada lagi masalah bau badan dan masalah kegemukan. Aktiviti harian akan menjadi mudah dan lancar.