Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Tuesday, November 30, 2010

Teh Al Habsyee menolong menyelesaikan masalah rasa tidak selesa disebabkan oleh terlebih makan

Dah tiba musim cuti sekolah, tibalah masanya musim kenduri kendara sana sini. Kenduri kahwin lah, kenduri berkhatan lah. Maka banyaklah jemputan. Berat badan naik badan pun rasa tak berapa sedap. Apa kata, saudara saudari cuba ambil Teh Al Habsyee. 


Hanya RM19.00 sekotak. Antara khasiatnya mampu menolong memecahkan lemak, membuang lebihan lemak dan minyak, mengurangkan risiko penyakit kencing manis, kencing tak lawas, darah tinggi dan mengurangkan berat badan. Amalkan meminum Teh Herba Al Habsyee setiap hari seelok-eloknya selepas makan. Insyallah berkesan menolong menyelesaikan masalah rasa tidak selesa kembung perut oleh kerana angin dalam badan.

Sunday, September 19, 2010

Kopi Al Habsyee

Ketahuilah Kopi Al Habsyee - Kopi Pracampur 6 dalam 1, produk keluaran Jamu Mak Dara kini berwajah baru.


Pek baru dengan harga yang lebih murah, RM25.00 tetapi khasiat yang sama. Nikmati Kopi Al Habsyee pada bila-bila masa yang memberi kebaikan agar tubuh badan sihat dan bertenaga. Kandungan herba Tongkat Ali memberi tenaga dan mengekalkan tenaga agar sentiasa ceria sepanjang hari.

Kopi Pra campur 6 dalam 1 Al Habsyee mengandungi herba misai kucing yang berfungsi menurunkan kadar tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang dan kencing tak lawas.
Ia juga mengurangkan masalah keputihan dan sengugut, bagi wanita. Mengurangkan masalah tulang sendi atau arthritis, lenguh dan sengal dan sengal badan, sakit bahagian belakang dan pinggang, juga gaut.
Malah membantu menguraikan asid urik, membersihkan air dan darah dalam tubuh dari toksik.

Kandungan ubi jaga dapat melegakan demam panas dan sakit kelamin. Malah bersifat tonik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh


Wednesday, September 8, 2010

Sihat, cergas dan cantik bersama Produk keluaran Jamu Mak Dara



Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan dan keluarga. Juga tak lupa kepada para pelanggan kami dan para pembaca blog kami Jamu-Mak-Dara.  Kepada para pembaca yang baru membaca dan mengenali blok kami, kami mengucapkan Salam Perkenalan.  Agar perkenalan kita ini, akan kita sama-sama memperoleh kebaikan untuk kedua-dua pihak. Kepada para pembaca setia blog kami dan para pelanggan kami, kami berharap perkenalan kami akan berkekalan.

Semoga semua amalan-amalan kita di bulan puasa ini di terima oleh Allah.  Kami juga berdoa dan berharap anda semua akan kekal sihat dan cantik, walaupun setelah kita telah mula menyambut Hari Raya.  Sudah tentu, kita semua tidak dapat menolak keinginan atau berdiet dengan berbagai juadah yang terhidang di meja makan.  Malah kita semua tidak dapat menolak jemputan dan pelawaan rumah-rumah terbuka dari kaum keluarga dan sahabat handai.  Apalagi, sudah tentu ketupat, lemang, rendang, mee rebus, laksa dan macam-macam lagilah.... tak dapat nak tolak.  Lagi-lagi pulak kalau ada jemputan jamuan rumah terbuka di Hotel-hotel atau Restoran-restoran.  Ha... Parah ni, berat badan naik....

So, Jangan lupa .. ambil Jamu Mak Dara, yang mampu menolong membuang toksid, angin dan serba sedikit menolong mengekalkan berat dan bentuk badan.  Sambil itu, Jamu Mak Dara mampu membantu menjaga kesihatan rahim dan kesihatan dalaman wanita. Insyallah, kita semua akan kelihatan segar, sihat cergas dan ceria selalu beraya bersama keluarga

Cuba juga Teh Al Habsyee, produk keluaran Jamu Mak Dara.  Teh Al Habsyee mampu menolong membakar lemak berlebihan dan membantu pencernaan.  Insyallah berkesan untuk menjaga bentuk badan dan menjaga kesihatan dengan pengambilan Teh Al Habsyee dapat membantu membuang toksid dan membersihkan buah pinggang.  Kini dengan pek baru, 30 uncang hanya berharga RM19.00. Sudah tentu, semua orang mampu memilikinya. Teh ini sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun wanita.

Bagi mereka yang tidak suka akan rasa Teh, cubalah Kopi Al Habsyee, juga mampu membantu membakar lemak, membuang toksid, malah memberi tenaga.  Rasanya juga lazat.  Boleh diminum bila-bila masa.  Insyallah berkesan sambil menikmati kelazatan dan aroma kopi, tubuh badan juga kekal sihat.  Sama juga dengan Teh Al Habsyee, kini Kopi Al Habsyee didatangi dengan pek baru, 30 uncang hanya dengan harga RM25.00. Cubalah... sudah tentu anda akan berpuas hati.  Insyallah. Kopi Al Habsyee ini juga sesuai untuk diminum oleh lelaki mahupun wanita.

Bagi wanita,  anda juga boleh dapatkan Kopi Mak Dara dimana kopi ini khas buat wanita sahaja.  Sambil menikmati kelazatan kopi semasa berehat di samping keluarga setelah penat melayan tetamu, anda juga akan berasa sihat.  Kopi Mak Dara mengandungi akar serapat yang membantu menjalinkan hubungan yang rapat dan kekal bersama suami.  Insyallah.

Nah.. sudah tentu penat berjalan raya, apa kata malam sebelum tidur, mandi menggunakan Rempah Mandi Jamu Mak Dara.  Insyallah badan terasa segar, hilang rasa penat seharian dan dapat tidur dengan nyenyak.
Herba-herba asli di dalam Rempah Mandi Jamu Mak Dara,  menyerap kedalam kulit, memanaskan badan dan menyegarkan badan. Menghilangkan bau badan dan menghaluskan kulit. Jangan lupa, pupurkan Bedak Sejuk Jamu Mak Dara, agar kulit wajah, leher dan dada kekal halus dan cantik.  Kekalkan keremajaan kulit wajah dengan produk Jamu Mak Dara. Insyallah.

 Hubungi saya melalui e-mail azuriaty@gmail.com atau call saya 013-3-2259960 untuk mendapatkan produk Jamu Mak Dara. Akhir kata dari saya dan keluarga " Kesihatan dalaman anda adalah Kecantikan mu "

Wednesday, June 2, 2010

Mulakan hari anda dengan pengambilan Jamu Mak Dara




Foto bersama anak-anak di rumah. Hari demi hari berganti. Anak-anak terus membesar dan akan meninggalkan kesan kepada kita.  Usia akan semakin meningkat.  Wajah akan berubah, semakin kelihatan matang dan kelihatan berusia.  Tubuh badan akan semakin melebar dan kulit akan semakin tua.  Sebelum ini semua terjadi... bersedialah.  Jaga wajah, tubuh badan dan penampilan agar kelihatan muda dan melewatkan penuan.




Mulakan hari anak bersama produk "Jamu Mak Dara".  Produk yang terkenal dan terlaris di masa kini. Hanya dengan sesudu jamu serbuk pagi dan petang sebelum makan. Sudah cukup untuk menjaga kesihatan dan memberi tenaga agar sentiasa berasa sihat sepanjang hari.  Apatah lagi dengan kerja-kerja di pejabat dan di tambah pula dengan melayan kerenah anak-anak dan suami.  Tentu tubuh badan akan berasa letih dan tidak bertenaga.   Wajah akan kelihatan letih lesu. Akhirnya wajah akan kelihatan berusia.  Lebih menggerunkan wajah kelihatan tua dari usia. Dengan mengambil Jamu serbuk atau Jamu kapsul dari produk Jamu Mak Dara akan membantu memberi tenaga, memberi kekuatan tubuh badan agar kelihatan cergas, ceria dan bertenaga.

Pengambilan Jamu Mak Dara membantu mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran wanita.  Kesihatan dalaman yang sihat akan terpancar di wajah.  Kulit kelihatan sihat dan wajah akan kelihatan berseri.

Khasiat Jamu Mak Dara membantu dalaman tubuh agar kekal sihat. Antara khasiat Jamu Mak Dara adalah :
1. membantu merawat dan menyuburkan rahim.
2. mengatasi masalah keputihan
3. merapat faraj
4. menambah nafsu syahwat
5. memberi tenaga
6. membuang toksik dalam badan
7. memperbaiki sistem kitaran haid
8. membakar lemak berlebihan
9. membuang angin
10. mengurangkan masalah bau badan
11. mengatasi masalah kemaluan berbau
12. mengurangkan kesakitan  di bahagian pinggang







Saturday, March 27, 2010

Al Habsyee - Kopi Pracampur 6 dalam 1

Al Habsyee Kopi pracampur 6 dalam 1.  Kualiti, istimewa dan serasi untuk wanita dan juga lelaki, keluaran produk "Jamu Mak Dara". Ramuan minuman herba yang inovatif ini memberi kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Herba Misai Kucing yang terdapat didalam "Al Habsyee Kopi Pracampur 6 dalam 1" berfungsi menurunkan kadar tekanan darah tinggi.  Membantu mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang dan kencing tidak lawas.
Ia juga mengurangkan masalah keputihan dan sengugut, radang sendi dan arthritis, lenguh dan sengal pada badan, sakit di bahagian belakang dan pinggang juga sakit gout.
Membantu mengurangkan asid uric serta membersihkan air dan darah dalam badan dari toksik.  Ia bersifat diuretic dan antiseptic, menjadikannya ejen yang melawaskan pembuangan air kecil.

Ubi Jaga yang terdapat di dalam "Al Habsyee Kopi Pracampur 6 dalam 1" dapat melegakan demam panas dan sakit kelamin.  Malah ia juga bertindak sebagai tonik untuk kesihatan dan kesejahteraaan tubuh.

Tongkat Ali yang terdapat di dalam "Al Habsyee Kopi Pracampur 6 dalam 1" menjadikan tulang lebih kuat, meningkatkan kepadatan otot dan membantu mengurangkan kadar lemak dalam tubuh melalui pembakaran energy yang tinggi. Fosfurilasi oksidatif pula berfungsi untuk mengurangkan stress serta  meningkatkan fungsi daya otak termasuk daya ingatan.

Kandungan bahan lain ialah gula gantian sintetik yang baik untuk merawat kencing manis dan darah tinggi.  " Kopi Al Habsyee" menggunakan krimer susu tanpa lemak yang sesuai untuk mereka yang menjaga diet.

Segarkan badan dan kekalkan tubuh yang langsing bersama "Jamu Almira"



Jamu Almira adalah jamu khusus untuk anak dara atau wanita yang masih belum berkahwin.  Produk keluaran "Jamu Mak Dara" yang terbukti berhasil membantu merealisasi idaman setiap wanita agar berpenampilan cantik dan anggun menawan.

Ketahuilah khasiat "Jamu Almira" :-
  1. Mengatasi masalah keputihan
  2. Membuang toksik dalam badan
  3. Membakar lemak berlebihan
  4. Mengurangkan masalah bau badan
  5. Mengurangkan sengugut
  6. Memberi tenaga
  7. Memperbaiki sistem kitaran haid
  8. Membuang angin
  9. Mengatasi masalah kemaluan berbau
  10. Rahsia untuk kekal awet muda 


Di samping itu amalkan mandi menggunakan "Rempah Mandi Jamu Mak Dara" yang sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan, menyingkirkan sel-sel kulit mati, membuang angin dan menyegarkan tubuh badan.  Juga sangat sesuai untuk menghilangkan bau badan.  Mandi air rebusan "Rempah Mandi Jamu Mak Dara" ini sekurang-kurangnya seminggu sekali agar tubuh badan segar, halus dan kelihatan bertenaga.

Sesekali manjakan wajah anda dengan "Bedak Sejuk Jamu Mak Dara". Pupurkan "Bedak Sejuk" ini di pipi, dagu, dahi dan leher sekurang-kurangnya seminggu sekali agar kulit wajah halus. "Bedak Sejuk" ini menghilangkan kesan-kesan hitam di wajah akibat terdedah kepada panas matahari.  Wajah kekal segar dan remaja, malah membantu melambatkan penuaan.



Saturday, February 27, 2010

Jamu Mak Dara serbuk / kapsul untuk wanita


Dapatkan produk Jamu Mak Dara yang dapat membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalu dialami oleh wanita.  Jamu Mak Dara adalah produk berasaskan herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari hutan semulajadi.  Produk Jamu Mak Dara membantu menyempurnakan hormon wanita dan sistem dalaman wanita.

Jamu Mak Dara merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik berpanjangan biarpun usia terus meningkat. 

Produk Jamu Mak Dara yang mudah di ambil ini banyak memberi khasiat.  Antaranya khasiat produk Jamu Mak Dara :-

  • Menyuburkan rahim
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Merapatkan faraj
  • Menambah nafsu syahwat
  • Memberi tenaga
  • Membuang toksik dalam badan
  • Memperbaiki sistem kitaran haid
  • Membakar lemak berlebihan
  • Membuang angin
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau
  • Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Produk Jamu Mak Dara adalah mengesyorkan ibu-ibu selepas bersalin mengambil. Pemakanan tambahan ini dapat membantu mengembalikan tenaga ibu-ibu selepas melahirkan.











Saturday, February 6, 2010

Manjakan tubuh agar kekal cantik dan langsing

Amalkan menjaga kesihatan dan kecantikan wajah seawal usia remaja.  Bagi ibu-ibu ajarlah anak-anak gadis mereka menjaga kesihatan dan kecantikan agar mereka akan kekal cantik dan melewatkan penuaan.  Tetapi masih belum terlewat lagi walaupun usia telah melewati waktu remaja.  Maka mulakan hari ini.

Mulakan hari anda dengan mengambil produk Jamu Mak Dara agar impian mempunyai tubuh yang langsing dan bergaya menjadi kenyataan. 

Amalkan mandi dengan air rebusan "Rempah Mandi produk Jamu Mak Dara" sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.  Dengan mengamalkan mandi dengan Rempah Mandi Jamu Mak Dara,  tubuh badan akan berasa segar dan dapat mengekalkan tenaga seharian.  Rempah Mandi Jamu Mak Dara juga dapat membantu menghilangkan bau badan dam mengelakkan rasa sengal badan.

Rempah Mandi Jamu Mak Dara membantu menghangatkan tubuh badan dan menyingkirkan sel kulit mati pada tubuh agar kulit menjadi halus.  Ia juga dapat mengelakkan liang-liang roma dimasuki angin.

Amalkan minum Jamu Mak Dara setiap pagi dan setiap malam seelok-eloknya setengah jam sebelum makan. Ramuan herba-herba asli Jamu Mak Dara membantu mengekalkan tubuh badan langsing, wajah  kelihatan ceria, kulit yang cantik dan sentiasa bertenaga sepanjang hari.

Antara kelebihan Jamu Mak Dara adalah : -

  1. Menyuburkan rahim
  2. Mengatasi masalah keputihan
  3. Merapatkan faraj
  4. Menambah nafsu syahwat
  5. Memberi tenaga
  6. Membuang toksid dalam badan
  7. Memperbaik sistemi kitaran haid
  8. Membakar lemak berlebihan
  9. Membuang angin
  10. Mengurangkan masalah bau badan
  11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
  12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang

Pupurkan wajah dan leher dengan Bedak Sejuk Mak Dara yang menghilangkan kesan-kesan hitam di wajah. Kulit akan jadi cantik dan halus.  Amalkan pupur wajah dan leher sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Amalkan sikap rajin dan luangkan masa untuk memanjakan diri sendiri agar wajah dan tubuh badan kekal cantik dan bergaya walaupun usia semakin meningkat.

Thursday, January 28, 2010

Kopi Mak Dara


RM19.00 sekotak
Pasti ramai yang gemar minum kopi.  Kopi Mak Dara adalah produk keluaran baru dari "Jamu Mak Dara" yang sangat sedap.  Kopi campuran  yang mengandungi akar serapat adalah khas untuk kaum wanita.  Kopi ini boleh di minum bila-bila masa , tidak kira masa.  Terdapat 20 paket di dalam 1 kotak.

Ramuan Kopi Mak Dara diformulasikan menggunakan ramuan herba semulajadi diadun bersama Kopi Arabica yang berfungsi untuk memelihara kesihatan dan kesegaran wanita secara khusus.

Sediakan sekotak di rumah mahu pun di pejabat agar boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.  Kopi ini mudah di sediakan hanya tambahkan air panas.  Pasti sedap lebih-lebih lagi jika dimakan bersama biskut kering.  Cubalah..

Wednesday, January 20, 2010

Rempah Mandi Jamu Mak Dara


Produk "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah produk dari Jamu Mak Dara yang sangat baik khusus untuk ibu-ibu berpantang. Set yang lengkap ini amat mudah bagi ibu-ibu berpantang.

Bagi para pengemar produk Jamu Mak Dara boleh juga mendapatkan produk bersalin secara berasingan. Antaranya produk yang sangat popular adalah " Rempah Mandi". Ianya bukan sahaja di khususkan untuk ibu berpantang sahaja. Malah sesiapa sahaja boleh menggunakannya, baik wanita mahupun lelaki. Hanya RM18.00 sepeket.

Produk "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara terbukti berkesan untuk mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara adalah ramuan herba-herba yang terpilih yang berkhasiat yang telah digunakan turun temurun oleh keluarga Ibu Halimah.

"Rempah Mandi" produk dari Jamu Mak Dara berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang boleh menghaluskan kulit si pemakai. "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara membantu membuang angin dan mengelakkan angin dari masuk ke liang-liang roma.

Si pemakai produk "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara akan berasa segar dan bertenaga. Ianya juga boleh membantu menghilang masalah bau badan.



Cara menggunakannya

Amalkan mandi menggunakan "Rempah Mandi" produk dari Jamu Mak Dara, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Rebuskan sebahagian "Rempah Mandi" Jamu Mak Dara sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah seperti biasa sambil menggosok-gosok badan. Insyaallah ia akan berkesan.

Bedak Sejuk Jamu Mak Dara


Para penggemar produk Jamu Mak Dara boleh mendapatkan "Bedak Sejuk" secara berasingan yang mana terdapat di dalam kelengkapan 8 dalam 1 dari produk "Set Bersalin Ibu Halimah".

Produk "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Tidak kira wanita mahupun lelaki, tua ataupun muda remaja. Asalkan ada kemahuan, dengan berkat usaha penjagaan kulit menggunakan "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara, hasrat untuk mempunyai kulit halus dan cantik akan menjadi kenyataan.

Ternyata "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara sangat berkesan menghilangkan kesan-kesan hitam dan ruam-ruam halus di wajah dan di leher si pemakai akibat dari kesan panas di luar rumah.

Wajah akan kelihatan lebih bersih. "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara juga dapat menghilangkan jerawat-jerawat kecil.

Caranya mudah sahaja. Ambil 3 atau 4 biji "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara campurkan sedikit air dan pupurkan ke muka dan leher. Biarkan seketika agar ia meresap ke wajah.

Amalkan penggunaan "Bedak Sejuk" Jamu Mak Dara selalu agar wajah akan kelihatan bersih dan halus.

Tuesday, January 19, 2010

Jamu Vigor

Satu lagi produk dari "Jamu Mak Dara" khusus untuk lelaki. "Jamu Vigor for Men" dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia. "Jamu Vigor" adalah dihasilkan khas untuk mengekalkan kesihatan luar dan dalam yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari.

Amalkan pengambilan "Jamu Vigor for Men" untuk penampilan kekal muda dan kesihatan yang sempurna.

Khasiat "Jamu Vigor for Men"

Lemah syahwat

"Jamu Vigor for Men" membantu meningkatkan penghasilan hormon Testeron lelaki yang juga menggalakkan tahap libido seksual kaum lelaki.

Stamina

"Jamu Vigor for Men" membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kesejahteraan sepanjang hari.


Ketagihan rokok

"Jamu Vigor for Men" juga membantu kaum lelaki untuk mengurangkan ketagihan merokok. Bahan-bahan herba yang aktif membantu menyingkirkan kesan nikotin yang juga membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Bahan herba tersebut juga mempercepatkan proses pemulihan ketagihan merokok.


Bentuk tubuh

"Jamu Vigor for Men" membantu membuang toksid dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan. Ia juga membantu menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh.

Saturday, January 16, 2010

Produk Set Bersalin

RM350.00

Sejak berzaman, orang melayu telah mengamalkan berpantang selepas bersalin. Berpantang adalah amalan yang amat penting dan amat di titik beratkan agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin setelah bersalin.

"Set Bersalin Ibu Halimah" adalah merupakan produk yang mudah di gunakan oleh ibu-ibu bersalin. "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah ramuan turun temurun yang kini di kongsi bersama umum untuk kebaikan kesihatan ibu-ibu bersalin.

Produk 8 dalam 1, produk dari Jamu Mak Dara telah memudahkan kerja ibu-ibu bersalin kerana di dalam satu terdapat berbagai kelengkapan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu bersalin.

Ramuan herba "Set Bersalin Ibu Halimah" adalah dari hutan hujan tropika yang tiada mengandungi bahan tiruan.

Di dalam "Set Bersalin Ibu Halimah" merangkumi :-

  • Jamu Mak Dara Serbuk
  • 2 botol Jamu Mak Dara kapsul
  • Losyen Param Ibu Halimah
  • Pilis
  • Bedak Sejuk
  • Rempah Mandi
  • Tungku Kukus Berherba
  • Bengkung

Penggunaan kelengkapan "Set Bersalin Ibu Halimah" dengan secara teratur dan berterusan selama 44 hari akan memulihkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan.

Pengambilan "Jamu Mak Dara" akan membantu membuang toksid dalam badan, menyuburkan dan menyihatkan rahim. "Jamu Mak Dara" membantu mengatasi masalah keputihan dan melancarkan darah. "Jamu Mak Dara" membantu merapatkan faraj, memulihkan kitaran haid dan mengembalikan tenaga. Selain itu ianya dapat membantu membuang angin membakar lemak dan memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing.

Mandi menggunakan "Rempah Mandi" akan menghangatkan tubuh dan mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan bau badan. Tubuh badan akan menjadi segar dan sihat selepas mandi menggunakan "Rempah Mandi"

Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata.

"Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.

Berurut kemudian diikuti dengan bertungku menggunakan "Tungku Herba Kukus" akan melegakan sengal-sengal. "Tungku Herba Kukus" juga membantu memecahkan lemak-lemak agar ibu-ibu bersalin akan kembali langsing seperti sebelum mengandung.

Penggunaan "Bengkung Ibu Halimah" akan membantu ibu selepas bersalin mendapat semula bentuk pinggul. Selain itu "Bengkung Ibu Halimah" akan dapat mengecilkan semula perut dan mengembalikan bentuk badan asal.

Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.

Wednesday, January 13, 2010

Produk Jamu Al Mira


"Produk Jamu Al Mira" adalah satu produk jamu khusus untuk anak dara. Ramuan herba dari hutan-hutan terpilih yang banyak memberi kebaikan luar dan dalam tubuh. "Produk Jamu Al Mira" meningkatkan sistem daya tahan tubuh dari penyakit.


Pengambilan "Jamu Al Mira" secara teratur dapat mengatasi masalah keputihan yang sering dialami oleh anak gadis. "Jamu Al Mira" membantu meningkatkan tenaga setelah penat seharian sibuk di sekolah, sibuk dengan aktiviti sekolah mahupun dengan kerja-kerja di rumah. Malah "Jamu Al Mira" juga sesuai untuk gadis yang mana masih belum berumah tangga.

"Jamu Al Mira" dapat membuang toksid di dalam badan yang menjadi punca kepada tubuh badan letih dan tidak bermaya. Toksid di dalam badan juga boleh menyebabkan kulit wajah kusam dan berjerawat. Maka pengambilan "Jamu Al Mira" akan menjadikan wajah cantik dan berseri.


"Jamu Al Mira" dapat membuang angin dan membantu membakar lemak agar tubuh badan akan langsing. Tubuh badan yang langsing adalah impian setiap gadis. Maka pengambilan "Jamu Mak Dara" dapat membantu menyampaikan hasrat untuk mempunyai tubuh yang langsing dan cantik.


"Jamu Al Mira" juga membantu menghilangkan masalah bau badan. Selain itu juga ianya membantu mengatasi masalah kemaluan berbau. Membantu menghilangkan rasa sakit pinggang dan memperbaiki sistem kitaran haid. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah sengugut akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan berasa murung, malah menganggu kelancaran aktiviti harian.

Akhir sekali pengambilan "Jamu Al Mira" akan mengekalkan keremajaan atau awet muda. "Jamu Al Mira" membantu kelancaran perjalanan darah dan sistem kitaran haid akan melindungi kulit dan wajah dari cepat tua atau penuan.

Hidup akan lebih sihat, ceria dan terurus dengan pengambilan "Jamu Al Mira" . Tubuh badan akan berasa sihat dan berkeyakinan kerana tiada lagi masalah bau badan dan masalah kegemukan. Aktiviti harian akan menjadi mudah dan lancar.