Sila Isi Form Ini Jika Berkenan :))

Nama Pembeli
Alamat email & Nombor Telefon.
Produk Yang Ingin Dibeli & kuantiti
Alamat Rumah / Pejabat
Cara Pembayaran CIMB
MBB
Caj Penghataran Semenanjung RM 5( kurang dari 700 gm)
Sabah/Sarawak RM 8 ( kurang dari 700 gm)
Overseas ( akan di emel kan harganya)

Click here to create your own form.

Selamat Datang ke Laman Web Jamu Mak Dara

Kesihatan mu Adalah Kecantikan mu





Friday, December 25, 2009

Produk Kopi Al Habsyee


"Kopi Al Habsyee" adalah kopi campuran 6 dalam 1, produk dari Jamu Mak Dara yang mana adalah minuman tambahan kesihan yang memberi kebaikan untuk tubuh luar dan dalam. Malah "Kopi Al Habsyee" menambah daya tahan tubuh dari penyakit dan meningkatkan tenaga. Kandungan herba seperti khasiat Misai Kucing, khasiat Ubi Jaga, khasiat Tongkat Ali di dalam "Kopi Al Habsyee " ini dapat membantu mengelakkan dari pelbagai penyakit. Kandungan bahan lain seperti gula gentian sintetik yang baik untuk merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Susu krimer tanpa lemak yang sesuai untuk menjaga diet.

Pengambilan "Kopi Al Habsyee" yang mengandungi herba Misai Kucing dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko diabetis. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit gout, batu karang, masalah pundi kencing, masalah kencing tidak lawas. Membersihkan air, darah dalam badan dan membuang toksid. Selain itu pengambilan "Kopi Al Habsyee" juga mengurangkan masalah sengugut dan keputihan, mengurangkan masalah arthritis, lenguh dan sengal badan.

Kandungan herba Ubi Jaga dapat melegakan demam panas dan sakit kelamin. Herba Ubi Jaga bertindak mengekalkan kesihatan badan yang baik dan mengekalkan kesejahteraan badan.

"Kopi Al Habsyee" juga mengandungi herba Tongkat Ali yang menjadikan tulang dan otot yang kuat. Mengurangkan kadar lemak dalam badan melalui pembakaran lemak untuk penambahan tenaga. Menguatkan otak dan daya ingatan.

Pengambilan "Kopi Al Habsyee" secara teratur seperti yang dicadangkan akan memberi kesan yang terbaik kepada para pengambil. Tubuh badan sihat dan kekal bertenaga agar dapat menceriakan hidup.

Monday, December 21, 2009

Produk " Teh Herba Al Habshi"




"Teh Herba Al Habsyee" adalah makanan tambahan yang memberi kebaikan kepada badan luar dan dalam malah dapat meningkatkan daya tahan badan.



"Teh Herba Al Habsyee" membantu memperbaiki pengaliran darah, membantu sistem pencernaan dan membantu menurunkan kandungan gula yang berlebihan di dalam badan serta mengelakkan dari risiko penyakit diabetis. Meredakan sakit perut, menambah selera makan dan mengurangkan rasa sakit atau tanda-tanda sebelum kedatangan haid. Selain itu ianya akan mengurangkan masalah sengugut dan melancarkan pengaliran darah ketika kedatangan haid. Maka pengambilan "Teh Herba Al Habsyee" dapat menceriakan hari anda dan sentiasa sihat dan segar.


"Teh Herba Al Habsyee" membantu mengawal masalah kegemukan. Membantu melegakan masalah rasa senak dan kembung perut. Kandungan bunga cengkih dapat merawat masalah penghadaman dan mengandungi anti oksida yang baik. Kafein yang terdapat dalam kandungan teh dapat merawat asma dan bertindak sebagai antioksida untuk merawat kanser dan tumur.


"Teh Herba Al Habshi" dapat membuang toksid dalam sistem badan, melancar pengaliran darah, mencuci buah pinggang dan usus. Selain itu dapat mencegah penyakit sengal-sengal badan serta kejang otot.


Pengambilan "Teh Herba Al Habshi" secara teratur dapat menyihatkan tubuh dan mengekalkan tenaga agar hidup ceria selalu.

Produk: Jamu Mak Dara


"Jamu Mak Dara" adalah makanan tambahan kesihatan yang dapat mengekalkan kesegaran badan dan memulihkan tenaga yang hilang. Mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot setelah penat bekerja seharian.

Pengambilan "Jamu Mak Dara" juga dapat membantu mengurangkan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengurangkan rasa sakit ketika kedatangan haid. Memulihkan masalah penyakit keputihan, kegatalan dan faraj yang berbau. Mengetatkan faraj selepas bersalin.

Selain itu, "Jamu Mak Dara" boleh membantu mengawal bakteria yang menyebabkan bau badan dan memulihkan tenaga dan menyuburkaan rahim selepas bersalin.


Pengambilan "Jamu Mak Dara" secara teratur akan membantu membakar lebihan lemak agar tubuh badan kekal langsing dan cantik.


Secara tidak langsung "Jamu Mak Dara" membantu menjalin hubungan mesra diantara suami isteri.

Tuesday, December 15, 2009

Jamu Mak Dara






Pengambilan jamu lebih elok di mulakan dari usia lebih kurang 15 tahun selepas anak gadis selepas kedatangan haid yang pertama. Produk "Jamu Al Mira dalah jamu khusus untuk anak gadis merupakan satu lagi produk dari "Jamu Mak Dara",
Produk "Jamu Al Mira" adalah ramuan herba dari hutan-hutan terpilih yang memberi kebaikan kepada tubuh badan luar dan dalam. Malah "Jamu Al Mira" meningkatkan daya sistem tahan penyakit.

Pengambilan "Jamu Al Mira" secara teratur dapat mengatasi masalah keputihan yang sering kali dihadapi oleh anak gadis. Ia juga memberi tenaga supaya anak gadis akan lebih bertenaga untuk menghadapi berbagai aktiviti sekolah dan aktiviti harian mereka.

Pengambilan "Jamu Al Mira" dapat membantu membuang toksid di dalam badan agar badan kekal sihat dan bertenaga. "Jamu Al Mira" membantu membakar lemak berlebihan supaya tubuh badan kekal langsing.

Pengambilan "Jamu Al Mira" memulihkan kitaran haid dan dapat menghindari dari sakit sebelum kedatangan haid, "Jamu Al Mira" membuang angin malah perut akan berasa kempis sewaktu kedatangan haid atau sebelum kedatangan haid.

"Jamu Al Mira" dapat mengatasi masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau. Ia juga mengurangkan rasa sakit pinggang dan mengekalkan awet muda.

Pengambilan "Jamu Al Mira" dapat membina keyakinan diri dan berasa sentiasa selesa walaupun dalam waktu kedatangan haid. Tubuh badan akan sihat dan langsing dengan pengambilan "Jamu Al Mira".

Produk "Jamu Mak Dara" juga ada menyediakan produk "Set bersalin". Kerja akan menjadi mudah kerana produk "Set bersalin" ini lengkap dengan pelbagai kelengkapan khas untuk ibu-ibu dalam berpantang. Tidak perlu lagi mencari satu persatu kelengkapan kerana produk " Jamu Mak Dara" telah menyediakan 8 kelengkapan dalam 1 kotak. Kerja akan menjadi lebih mudah kerana produk "Set Bersalin" ini juga menyediakan beg khas agar ianya mudah dibawa kemana sahaja.


"Set Bersalin" Jamu Mak Dara ini adalah dari ramuan herba dari hutan-hutan hujan tropika. Ramuan herba ini adalah ramuan turun temurun Ibu Halimah yang mana kini telah di kongsi bersama untuk kegunaan umum agar sama-sama mendapat manfaat dari kebaikan ramuan herba tersebut.

"Set Bersalin" ini merangkumi 8 kelengkapan iaitu :-



  • Jamu Mak Dara, serbuk





  • 2 botol Jamu Mak Dara, kapsul





  • Rempah Mandi





  • Pilis





  • Bedak Sejuk





  • Bengkung





  • Losyen Param Ibu Halimah





  • Tungku Kukus berherba





    1. "Set Bersalin" ini lengkap dan cukup untuk digunakan selama 44 hari berpantang.


      Kini produk "Jamu Mak Dara" juga dapat membantu menyelesaikan masalah kaum lelaki. "Jamu Virgo" adalah satu lagi produk "Jamu Mak Dara" khas untuk kaum lelaki. "Jamu Virgo" adalah hasil ramuan herba dari hutan-hutan Malaysia yang banyak memberi kebaikan kesihatan kaum lelaki.

      Pengambilan "Jamu Virgo" bagi kaum lelaki yang diambil secara teratur dapat membantu menyegarkan tubuh badan malah membantu menghilangkan rasa letih setelah penat bekerja seharian. "Jamu Virgo" akan memberi kebaikan untuk kesihatan luar dan dalam yang akan menjadikan hidup lebih ceria dan sejahtera bersama keluarga,
      Jamu Mak Dara - Mampu memikat hati suami. "Jamu Mak Dara" adalah rahsia untuk mempunyai penampilan yang anggun dan bergaya.

      Penampilan anggun berseri adalah impian setiap gadis dan wanita. Siapa yang tidak mahu kelihatan anggun dan berseri yang dapat menawan hati sesiapa yang memandang. Terutamanya si dia..

      Tubuh badan yang sihat dan cantik bermula dari sistem dalaman tubuh yang sihat. Sistem dalaman yang sihat akan terserlah di wajah seseorang itu. Mata yang cantik dan bercahaya, senyuman dari bibir yang merah menawan bak delima merkah pasti menawan hati sesiapa yang memandang.

      Rahsia kecantikan adalah dengan usaha diri sendiri. Mulakan dengan mengamalkan meminum "Jamu Mak Dara", minum air putih yang banyak dan sedikit senaman. Pasti tubuh badan akan sihat, langsing dan cantik bergaya.

      Amalan meminum segelas air putih sebagai minuman pertama. Di ikuti dengan meminum "Jamu Mak Dara sebelum makan dapat memudahkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang baik akan dapat membantu membuang toksid dalam badan dimana toksid di dalam badan adalah punca kepada badan yang lemah dan tidak bermaya. Malah toksid di dalam badan juga akan menyebabkan badan letih, muka berjerawat dan kusam.

      Amalkan meminum jamu "Jamu Mak Dara, serbuk" bagi wanita yang telah berkahwin ataupun boleh mengambil jamu "Jamu Mak Dara, kapsul" bagi mereka yang tidak boleh memakan jamu serbuk sebelum mengambil makan pagi. Bagi mereka yang belum berkahwin ambillah jamu "Jamu Anak Dara, kapsul".


      Dengan mengamalkan pengambilan jamu sebagai makanan tambahan dapat memastikan badan kekal sihat, segar dan bertenaga sepanjang hari.

      Amalan memakan jamu telah lama menjadi amalan orang-orang melayu dahulu kala. "Jamu Mak Dara" adalah ramuan herba-herba asli yang diambil dari hutan-hutan yang terpilih yang dijadikan makanan tambahan kesihatan bagi membantu meningkatkan prestasi kesihatan dan kesegaran badan.

      Pengambilan "Jamu Mak Dara" dapat membantu mengurangkan masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengurangkan rasa sakit ketika kedatangan haid. Pengambilan "Jamu Mak Dara" juga boleh memulihkan tenaga yang hilang dan mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari. "Jamu Mak Dara" boleh mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot setelah penat bekerja seharian. Selain itu, "Jamu Mak Dara" boleh membantu mengawal bakteria yang menyebabkan punca bau badan dan memulihkan tenaga dan menyuburkaan rahim selepas bersalin.

      Kandungan herba yang terdapat di dalam "Jamu Mak Dara" juga dapat mengetatkan faraj terutama wanita yang baru bersalin.

      Di samping itu, pengambilan "Jamu Mak Dara" juga mengelakkan sembelit dan mengelak jangkitan pada pundi kencing. Sistem penghadaman yang sempurna dapat membuang toksik dan lebihan lemak yang dapat membantu mengawal berat badan. Pengambilan jamu yang konsistan akan mengecilkan liang-liang roma dan mengurangkan kedut, agar wajah kelihatan segar dan melewatkan sistem penuan.

      Perkara pokok yang perlu kita semua lakukan adalah dengan mengubah sikap.

      Sikap rajin berusaha adalah langkah utama untuk berpenampilan anggun dan berseri. Luangkan sedikit masa untuk menjaga kesihatan dalaman. Wajah anggun dan berseri bermula dari sistem dalaman yang sihat. Sistem dalaman yang sihat akan terserlah di wajah seseorang. Oleh itu mulakannya hari ini.

      Cara penggunaan adalah dengan mengambil satu camca besar "Jamu Mak Dara" serbuk bersama segelas air panas suam setiap pagi sebelum makan dan malam sebelum makan. Amalkan pemgambilan "Jamu Mak Dara" secara teratur, pasti berkesan. Impian mempunyai tubuh badan yang sihat, cantik dan menawan akan tercapai. Malah kulit akan cantik dan awet muda.

      Bagi mereka yang tidak biasa dengan mengambil jamu serbuk, mereka juga boleh mengambil "Jamu Mak Dara" kapsul. Caranya dengan mengambil 2 kapsul "Jamu Mak Dara" sebelum makan pada waktu pagi dan 2 kapsul sebelum makan pada waktu malam. "Jamu Mak Dara" kapsul juga mudah di bawa kemana sahaja jika anda keluar bercuti bersama keluarga.

      Satu lagi produk dari "Jamu Mak Dara" adalah "Teh Herba Al Habshi", dimana teh ini juga adalah dari ramuan herba-herba asli dari hutan-hutan yang terpilih.

      Ramuan asli "Teh Herba Al Habshi " memberi kebaikan kepada tubuh luar dan dalam. Meningkatkan daya sistem tahan tubuh dari penyakit dan menambah tenaga supaya dapat menikmati kesempurnaan hidup.

      Masalah kegemukan adalah salah satu masalah yang amat menggerunkan bukan sahaja kepada para wanita malah para lelaki. Masalah kegemukan akan mengakibat penampilan yang tidak menarik dan hilang rasa keyakinan diri. Malah masalah kegemukan juga akan mengundang pelbagai penyakit. "Teh Herba Al Habshi" yang mengandungi buah pelaga yang dapat membantu mengelakkan dari masalah kegemukan.

      Kandungan herba-herba dari hutan-hutan terpilih yang terdapat di dalam "Teh Herba Al Habshi boleh membantu merawat penyakit asma, mengurangkan kandungan lebihan gula dalam badan yang boleh mengelakkan penyakit diabetis. Selain itu kandungan halia boleh membantu mencuci buah pinggang dan usus yang dapat mengelakkan dari masalah penyakit buah pinggang ddan penyakit usus.

      "Teh Herba Al Habshi juga adalah teh anti oksida yang baik. Pengambilan secara teratur akan membantu membantu sistem pencernaan, pengaliran darah yang lancar dan membantu kelancaran sistem penghadaman.


      Produk "Kopi Al Habsyee" adalah kopi pra campuran 6 dalam 1 merupakan satu lagi produk dari "Jamu Mak Dara". "Kopi Al Habsyee" adalah kopi herba yang banyak memberi kebaikan untuk tubuh luar dan dalam. Kopi pra campuran 6 dalam 1 dari herba- herba terpilih ini dapat menambah tenaga dan menghilangkan rasa letih setelah penat bekerja seharian.

      Khasiat herba Misai Kucing membantu menurun kadar tekanan darah tinggi, membantu mengurangkan risiko diabetis, radang ginjal, batu karang, masalah pundi kencing dan kencing tidak lawas. Ia juga mengurangkan masalah keputihan dan sengugut, sakit sendi,lenguh dan sengal badan. Mengurangkan sakit belakang, pinggang dan gout. Membantu mengurai asid lurik serta membersih air dan darah dalam tubuh dari toksik.

      Khasiat herba Ubi Jaga membantu melegakan demam panas dan sakit kelamin. Malah khasiat herba Ubi Jaga bertindak seperti tonik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh.

      Khasiat herba Tongkat Ali menguatkan tulang, meningkatkan kepadatan otot. Selain itu khasiat herba Tongkat Ali membantu mengurangkan kadar lemak melalui pembakaran lemak secara tinggi. Mengurangkan stress serta meningkatkan fungsi daya otak.